One Direction㋡
Welcome !
My lovely Blog



Status : Hi! Follow me, I'll follow you back :D

What Make You B'tiful


| | |



Credits
Thxx !

Template by : Mr Purple.
Basscodes : Nadya.
Owner : Ahmad Salam.
Icon : Cute skin and Baby Doll.
Picture : 1D Daily.



Memaffkan
MEMAAFKAN ORANG LAIN BERERTI MEMAAFKAN DIRI SENDIRI ,
HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK MEMBENCI ,
SUCIKANLAH HATI MENCARI ILAHI :)

Selagi kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain... itu petanda kau sendiri tidak bahagia. Pujuk dirimu bahagia apabila melihat 'musuh-musuhmu' bahagia. Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenang perbuatan mereka. Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang mengmbina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu.
Wahai diri, ingatlah ... segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah SWT jua. Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata, ALLAH sedang mendidikmu tentang sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi 'sebab', lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi 'musbabil asbab'. Jika kau disakiti oleh dia, DIA sedang mengajarmu erti redha.

Kita bukan malaikat untuk terus pasrah tanpa terusik oleh calar dan cakar insan. Namun, ada ketika-ketika yang sangat kritikal untuk kita bertahan dan katakan,...tidak ada keadilan yang mutlak di dunia ini.Mungkin sahaja 'penjahat' yang pandai bermuka muka akan terus dijulang sebagai wira. Dan hamba sejati yang punya 'hati emas',akan terus dihenyak sebagai sandera (tawanan) di penjara hiba dan cela.
Bahagialah dengan kebahagiaan orang lain. Terimalah hakikat kita bukan Tuhan yang mencatur rezeki dan nikmat untuk hamba hambanya. Jangan kau tanyakan mengapa dia yang lebihkan,aku dikurangkan ? mengapa dia yang licik dengan gelecek segala strategik dimenangkan sedang aku yang bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan ?
Di sini tidak lama.Di sana jua tempat berehat segala penat. Keyakinan terhadap hari akhirat kita kuat menghadapi tipuan dunia. Keimanan kepada TUHAN akan menimbulkan rasa sabar menghadapi kerenah insan.
Belajarlah daripada Nabi Yahya dan Nabi Zakaria yan digergaji mati tanpa dapat melihat bunga bunga kemenangan. Belajarlah daripada sumayyah dan yassir yang terbunuh tanpa sempat melihat daulah islamiah dan empayar Islam berkembang.
Mereka tidak dapat kemenangan... tetapi mereka tidak hilang ketenangan !

Wahai diriku, mereka (salafussoleh) menjadi 'besar' kerana ujian yang besar. Mereka mempertaruhkan nyawa . Padahal aku,kamu dan kita terlalu kecil justeru yang dipertaruhkan cuma 'harga diri'. Terasa diri ditipu, dipersenda, diperkotak katikkan dan tidak dihargai.
Sedarilah,yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu ! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak akan luput dan dapat dicabut oleh orang lain. Jangan bimbang jika tidak dihargai, tetapi bimbanglah jika kita benar benar tidak berharga lagi. Di mata siapa ? di mata diri sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Hati yang ego bertuhankan 'maddiah' (material dan fizikal) . Apabila iblis berbiacara tentang ketinggian api berbanding tanah sebagai asal usul kejadian dan tara ukur kemuliaan. .. dia memberontak . Berasa adam dilebihkan. Iblis tidak bahagia dengan kebahagiaan adam.Akibat marah, cemburu, derita dan kecewa lalu dipujuknya datuk dan nenek kita (adam dan hawa) dengan strategi dan rencana untuk maksud yang satu.Biar hilang kebahagiaan manusia, bertempat bersamanya di neraka- derita selama lamanya.
Wahai diri, beringat ingatlah akan tipuan syaitan pabila kau tidak bahagia dengan kebahagiaan orang lain. itulah rasa yang sangat berbahaya. itulah pintu rasukan syaitan bila kau sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama.

WAHAI DIRIKU...
Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagiamelihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf.Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang ngiang segala kata nista.
Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang bersalah' itu terasa sangat menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah olah menggadaikan harga diri. Ahh... apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah ? Dan cukup sakit, bilamengenangkan musuh itu tersenyum kemenangan.

Namun itu hanya suara bisik 'hati besar' ku yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat... tetapi jauh dalam diri..., ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan... lupakan, cintakan, sayangkan . Berperang dengan mereka berertiberperang dengan diri sendiri.
Wahai diri, api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati.Semakin besar dendam itu,maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh musuhmu terus ketawa, sedang kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim musim berlalu sewajarnya mendewasaknku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberikan kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlaku, aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali kali ? oh,tidak ! Mukmin tidak akan terperosok di dalam lubang yang sama 2 kali. Begitulah maksud sebuah sabda, justeru ? cukup sekali !


Biarlah musuh itu ketawa sepuas puasnya. Beban rasa ini biarlah aku lepaskan. Tidak akan kubawa dalam safar kehidupan yang pendek itu. Hidup terlalu singkat untukmembenci. Bermusuh dengan orang lain,sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, bererti memaafkan diri sendiri.
Kata bijak pandai '' apa yang kita berikan akan kita terima kembali''
Betapa leganya sekarang ! Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar dilaksanakan. Pahit . Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan,akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan.
Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar dalam tazkirah-yang punya tabsyir dan inzar- bahawa dosa itu satu yang meresahkan. Dendam itu dosa,memaafkan itu pahala. Memaafkan 'menjemput' datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'

Kini, hatiku tertanya tanya lagi... siapa aku yang begitu sukar memaafkan? Tuan ? TUHAN ?Aku hanya hamba. sedangkan DIA SANG PENCIPTA itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil dan kecil ini untuk terus berdendam ? Ya ALLAH... ampunkanlah aku. sengaja atau tanpa sengaja. sering atau kekadang... aku terlanjur menumpang HAKMU .
Lalu,dalam ddetik yang syahdu ini aku menyeru, marilah sama-sama kita lalui... jambatan hati !

Monday, 17 December 2012 | 00:36 | 0 love purple(s)


KAWAN2 YANG AKU RINDU
Hai...Assalammualaikum dh lama x jumpa kauorang kan rasa rindu lak ....aku kalau boleh nak jumpa korang macam biasa kat sekolah tapi dah tak boleh dah...btw aku nk cerita pasal kawan2 aku yang paling aku sayang sebagai kawan -_- jgn fikir bukan2 tau.First:Afiq. Aku selalu jalan2 ngn afiq tak kira kat mane mane pon la kitorang dh macam adek beradek sbb kitorang berkawan sejak kecil lagi n kitorang ade baju yang sama haah nampak tau adek beradek tu ok yang kedua lak Rashid die slalu marah aku tapi aku suka die marah aku.Lepas die marah aku , aku buat lawak kt die mesti die gelak sambil marah haha...ketiga Fariyanna aku dh anggap kau macam akak angkat aku sendiri kan akak :') kau selalu buat aku senyum depan komputer sorang2 macam orang gile haha...Salwah akak angkat aku kedua yang aku syg jugak die slalu maen pool ngn aq tpi kadang2 die menang kadang kadang die kalah...dekat skolah die slalu pandang aku malu aq dibuatnyer <<< perghh sakainyer ayat ni kan...Ili mase habeh skolah jer aku terus dtg umah kau melepak dgn afiq kan sbb kitorang bosan pastu ko slalu belanja aku makan dan minum ngn afiq...Kau slalu kate camni Ili:sape panggil zaki aku bagi 5 ringgit pastu aku dengan afiq pon apa lagi panggil lah zaki tapi zaki tak nk keluar die nk kluar dengan kawan die jer maen bola lah badminton lah.Yang keempat hmmm..ehh yang ni nombor 4 ehh aku taktau la.bat kau slalu sakitkan hati aq tpi pastu ko minta maaf ngn aku ...dulu kitorang kapel tpi da clash sbb aq maleh nk kapel ...die kawan baek aku jugak tau



AKU SAYANG KORANG SEMUA !!! HARAP2 DAPATLAH KITE BERJUMPA KAN AMINN..BYE ITU JER YANG AKU NK CKP HARINI
Tuesday, 11 December 2012 | 05:17 | 0 love purple(s)


Kengkawan aku best fwenzz!!
Gmba kengkawan aku termasuk ili tpi sory ili aku x der gmba kau tau sory :)










Monday, 10 December 2012 | 10:40 | 0 love purple(s)


Blog Baruku :D
Aku Baru Je buat blog kesian aku ketinggalan zaman korang semua dah ade blog kecuali aku....so aku tekad aku nk buat blog macam korang gak so sila beri tunjuk ajar kat aku...aku orang baru dalam blog ni :D.....Aku buat blog sbb aku bosan tengok korang semua ade blog tapi aku x der kesian kann....aku taktau dah nak cakap ape tah ..... sumpah bosan doyh!!! Najwa Hanis sory ehh aq ade tiru blog kau sket hehe jgn marah ehh :') Salwah kau akak aku paling lawak ...bila aku bosan kau selalu chat ngn aku...Fariyanna kau selalu buat hati aku lembut macam roti bila aku marah...Rashid kau kawan aku dri kecik dengan Afiq aq sayang korang berdua ...Ili kau yang ajar aku dunia kpop kau hehe aq ske dunia kpop kau tu
| 09:02 | 0 love purple(s)